Baca Juga
Kecoh dalam laman sosial berkenaan kes beberapa pelajar asrama Penang Free School yang dirotan oleh warden asrama kerana tidak solat subuh.
Mereka dilaporkan dikenakan hukuman rotan sebanyak 3 hingga 8 rotan seorang di punggung dan di pinggang sehingga meninggalkan bekas.
Walaupun ramai netizen tidak bersetuju dengan tindakan warden berkenaan yang dikatakan sangat kejam dan zalim, namun ramai juga yang menyokong hukuman yang dikenakan oleh warden berkenaan.
Jika dirujuk dalam Islam, Nabi SAW menyuruh merotan anak-anak bermula umur 10 tahun jika mereka tidak mahu solat. Namun tindakan merotan didalam Islam pula tidaklah sehingga mampu mendatangkan kecederaan yang parah kepada anak-anak.
Jadi, secara umumnya perbuatan warden yang merotan pelajar asrama di Penang Free School tersebut tidaklah keterlaluan. Jika pelajar-pelajar berkenaan tidak diajar dari awal, ia mungkin akan merugikan mereka di kemudian hari. – Utaranews.com
Gambar pelajar dirotan Warden kerana tak Solat Subuh
4/
5
Oleh
Unknown
