Thursday, 16 November 2017

Wartawan Amerika Permainkan Kalimah Suci ‘Allahu Akbar’

Kecoh di sebuah laman sosial twitter apabila seorang wartawan dari Amerika Syarikat telah tersalah sebut kalimah suci ‘Allahu Akbar’ semasa sedang membuat liputan mengenai kejadian serangan pengganas di New York.
Ia jelas kedengaran seperti wartawan itu menyebut perkataan ‘Aloo Akbar’ dan membawa maksud yang sangat jauh terpesong.
Ini bukanlah kejadian yang pertama kali, akan tetapi ia boleh dianggap sebagai kesilapan yang sangat melucukan.
Seorang pengguna twitter, Aisha Sultan telah memuat naik satu twit berkata dia baru sahaja melihat seorang wartawan menyebut ‘aloo akbar’ dan apabila diterjemahkan ia membawa maksud ‘kentang adalah yang terhebat’.
Manakala Jaf Ali, seorang pemilik restoran terkemuka yang terletak di Cotswolds berkata ia adalah kesalahan yang paling lawak dia pernah dengar.
” Ini adalah kebiasaan orang di Amerika..ia sangat menghiburkan dan jelas sekali ia hanyalah kesilapan kecil..Saya sendiri tidak merasa sakit hati”.
” Ya betul, kentang adalah hebat dan ia enak dimakan” katanya kepada Mirror Online.
Apa yang menyedihkan apabila ada sesetengah orang mengaitkan kalimah ‘Allahu Akbar’ dengan keganasan padahal ia tiada kaitan langsung, sebaliknya ia adalah sebahagian daripada doa orang Islam.
” Jaf berkata lagi, bila umat islam sembahyang ia adalah perkataan pertama yang akan disebut semasa meletakkan kedua belah tangan ke telinga dan ia bermaksud ‘Tuhan (Allah) Maha Besar'”.
” Ini adalah sebahagian daripada agama sejak bertahun lama dahulu. Saya tahu ada sesetengah orang beranggapan perkataan ‘Allahu Akbar’ adalah sebahagian daripada pengganas tetapi ia adalah tidak benar” katanya. – utaranews.com

Penjelasan mengapa orang tak solat tapi kaya, orang solat tapi hidup susah

Cuba berborak dengan orang yang tidak pernah solat. Tanya dia kenapa tidak solat. Tak takut dosa ker. Jika dijawabnya malaslah, tak sempatlah namun dalam masa yang sama dalam diri dia tetap ada rasa bersalah, dia berdosa tapi iman masih ada dalam diri dia.
Namun demikian, jika dijawabnya, tak solatpun boleh hidup senang lenang, tak ada masalah pun. Jika disambung lagi, tengok orang yang solat tak pernah tinggal tapi hidup susah memanjang. Apa guna solat katanya. Itu tandanya imamnya makin goyang. Tak mustahil dia boleh tergelincir akidah. Apatahlagi jika dia anggap solat tidak wajib sudah sah gugur akidah dia. Nauzubillahi min zalik.
Banyak orang tidak solat sebab inilah. Sebab pertama dia ukur diri dia. Kedua dia ukur orang lain.
Bila dia ukur diri dia – dia tak solat tapi hidup tetap gembira. Duit senang lenang. Bisnes maju. Tidak pernah rasa sakit. Tidak pernah rasa bimbang. Makan berselera macam biasa. Jadi dia rasa tak ada bezanya dia solat ke tidak. Buat apa susah-susah solat kalau semua yang dia nak ada depan mata.

Ukuran kedua dia lihat orang lain. Orang lain yang hari-hari ke masjid, solat wajib tidak pernah tinggal, solat sunat hari-hari buat tapi dia tengok orang tu tak sesenang diapun. Naik motor buruk macam tu jugak. Rumah dinding papan buruk berbumbungkan zink bertampal-tampal macam tu jugak. Patutnya dia rajin solat, Allah dah bagi rezeki melimpah ruah dekat dia. Tapi tak adapun. Akhir sekali ukuran jahil dia kata kalau macam tu baik tak payah solat kalau gitu.
Ramai golongan macam ni dalam masyarakat. Solat dianggap tidak bernilai. Bahkan lebih teruk anggap solat boleh menyekat rezeki. Semuanya kerana cetek ilmu agama. Ada satu kisah menarik untuk saya kongsikan. Dalam majlis agama selalu sebut kisah ni untuk teladan.
Ada dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, seorang lagi muslim yang taat kepada Allah. Ketika menebar jala, nelayan yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala nelayan muslim itu membaca bismillah. Bila tiba masa jala diangkat, nelayan penyembah berhala mendapat banyak ikan, sedangkan nelayan muslim tadi, tidak memperolehi seekorpun.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah ” Ya Allah, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambamu yang menyebut namaMu, Kau tidak memberikan dia apa-apa.” Allah menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak memberi ganjaran syurga, maka Aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”.
Saya pasti ramai yang pernah dengar cerita ini termasuk orang yang tidak solat tersebut. Peringatan dari Allah amat jelas. Sama ada kita nak faham atau tidak itu jer.
Jangan bersangka baik dalam keadaan kita gembira kerana tidak solat. Tidak solat bermakna lain-lain ibadat kita – puasa, zakat, sedekah tidak bernilai di sisi Allah. Azab akhirat pasti tersedia jika kita dijemput dalam keadaan kita tidak pernah mengenal sejadah.
Sumber :ahmadraje.blogspot.my/penmerahpress

Pandang Rendah Masalah Rumah Tangga Orang Lain, Wanita Diuji Bercerai Diusia Perkahwinan 40 Tahun

Setiap pasangan yang berumahtangga pasti akan diuji. Sama ada diuji dengan masalah besar atau kecil bergantung pada pasangan itu sendiri untuk menempuh ujian tersebut.
Sebuah kisah perkahwinan yang telah lama dibina, tetapi terpaksa ditamatkan kerana sudah tidak sanggup menanggung dosa. Mungkin semua ini berlaku kerana dahulu selalu menilai orang dan bersangka buruk dengan orang lain. Bahagia itu jika Allah mahu tarik, bila-bila sahaja boleh ditarik, hidup jangan terlalu mendongak ke langit.
“Kali pertama aku failkan tuntutan kat mahkamah pada bulan Mei tahun lepas. Dan pada kali pertama tu jugak aku jumpa sorang kak (dah pangkat makcik sebenarnya), yang datang memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya. Pesara kerajaan, bekas Pengetua sebuah sekolah menengah. Bersara dah 12 tahun. Dan menuntut fasakh dari suaminya pada usia perkahwinan lebih 40 tahun.
“Aku panggil dia kak sebab dia memang cantik, genit orangnya. Kulit cerah, walaupun tak bergaya, tapi ada style. Bercakap pun lembut je, teratur, tenang dan berilmu. Katanya, “Kak menuntut fasakh sebab takut dosa kami berdua makin menimbun. Dua² dah gagal jalankan tanggungjawab.”

“Al-kisahnya, sebab sayangkan suami la kak tu tuntut fasakh. Dia dah bercucu, berderet dah. Suaminya penyayang sangat. Walaupun kejenya kurang sikit dari kak tu, tapi dia tetap seorang suami yang wajar diberi sepenuh penghormatan atas tanggungjawab, layanan dan kasih sayangnya yang tak berbelah bahagi untuk anak² dan isteri,” tulisnya.
Sewaktu isterinya melahirkan anak, semuanya lima orang. Kelima orang anaknya ini suami yang uruskan , layanan suami untuk semua anak-anaknya memang tidak pernah kurang. Suami memang seorang suami bertanggungjawab pendek kata suami itu suami dambaan setiap wanita.
Disebabkan terlalu disayangi suami, wanita ini mula pandang rendah pada orang lain. Wanita ini selalu pandang rendah pada orang lain yang ada masalah rumah tangga. Wanita ini merasakan orang lain ada masalah rumah tangga kerana isteri tidak pandai jaga suami, tidak ada hubungan dengan Allah.
Tetapi, Allah telah turunkan ujian, selepas bersara ingatkan hubungan makin mesra bersama. Tetapi tiga tahun sebelum tuntut fasakh suami telah kahwin lain dengan janda.
“Kak tu kata, suami bukan tak sayang kat dia dan anak², tapi kasih dah terbahagi. Mula² semua dalam kawalan lagi. Tapi makin lama makin hilang. Sampai sudahnya suami tak balik² dan mengabaikan tanggungjawabnya pada kak ni. Bincang tak jalan, pujuk tak jalan, gaduh tak jalan. Last sekali, fasakh la jadi pilihan. Sebab taknak dosa terus berjalan.
“Kata kak tu, salah satu benda yang dia belajar ialah – dalam apapun situasi, bersangka baik la. Mungkin tu balasan untuk diri dia sebab dulu suka judge orang, kata orang, sangka buruk dengan orang. Asal tak bahagia, dia kata isteri tak pandai jaga suami, tak attach dengan Tuhan. Sekarang (masa tu) dia tercari-cari salah dan silap dia kat mana. Bila tiba² perkahwinan yang bahagia tu, tewas pada usia lebih 40 tahun,” tulisnya.
Jadikan perkongsian ini sebagai satu pengajaran, kepada semua pasangan yang berkahwin, yang dikurniakan suami yang baik dan bertanggungjawab, penyayang dan tak curang.., maka bersyukurlah. Jangan sesekali terdetik dalam hati menghina orang lain yang mempunyai masalah rumah tangga sebagai isteri yang tidak pandai jaga suami, tak pandai urus rumah tangga, tak dekat dengan Tuhan.
Esok lusa, kita tidak tahu lagi untung nasib kita. Hati manusia ini sentiasa berbolak balik. Jangan sesekali memandang hina pada isteri yang diceraikan suami. Nasib setiap manusia itu tidak sama, hargailah kebahagiaan rumah tangga dan jangan terlalu menunjuk kebahagiaan itu. – MissA/UtaraNews.com

3 kesan negatif bila ibubapa jadikan gajet sebagai ‘reward’ untuk anak duduk diam

Di mana-mana sahaja pada hari in, tidak sukar sebenarnya untuk kita melihat kanak-kanak bermain dengan pelbagai gajet misalnya tab dan telefon pintar. Kadang-kadang ibu bapa memberikan kemudahan ini kepada anak-anak mungkin kerana anaknya terlalu meminta, mungkin juga kerana terikut-ikut dengan trend ibu bapa sekarang ataupun memudahkan kerja kerana anak boleh duduk diam bila dapat pegang gajet-gajet tersebut.

Tetapi, berapa ramaikah ibu bapa yang sedar dengan keburukan yang sudah mereka bawa dalam kehidupan anak masing-masing dengan membenarkan mereka bermain dengan gajet secara berlebihan dan tanpa sebab yang munasabah? Seorang wanita yang juga ahli terapi yang dikenali sebagai Juliana Aminah telah berkongsi pendapatnya mengapa ibu bapa patut berhati-hati dalam memberikan gajet kepada anak-anak. Jom ikuti perkongsiannya.
Sedang makan di restoran. Kebetulan bersebelahan dengan dua keluarga:
1. Ibu, bapa dan anak dalam lingkungan 8-9 BULAN. Sementara menunggu makanan sampai, ibu menyuapkan bubur nasi kepada anak. Bila makanan sampai, dipasangkan video lagu Didi and friends. Maka kedua ibu bapa menikmati makanan tanpa gangguan.

2. Ibu, bapa dan anak dalam lingkungan 2-3 tahun. Anak menjerit-jerit nak maggy. Terdengar anak komen itu ini, sambil ibu dan ayah angguk. Buat muka “alahai anak aku”. Sedikit goyah kesabaran. Bila makanan sampai. Anak duduk atas meja. Cuba makan, tapi cakap, tak nak ni. Lepas tu cuba makanan lain. Kejap duduk kat kerusi. Kejap atas meja. Ayah mula buat muka bosan. Tapi masih layan. Major respect!
Ibu bapa ni langsung tak keluarkan handphone, hatta untuk ambil gambar makanan pun. Mereka terus makan dan layan karenah anak. Anak juga tidak langsung sebut nak hp/tab. Bila ayah sudah makan, sambil menunggu ibu makan, ayah hanya pandang dan bersembang dengan ibu dan anak. Dan anak langsung tak berlari tinggalkan meja!
Ibu bapa, tab atau handphone memang banyak kegunaan. Malah kami terapis pertuturan-bahasa juga gunakan alat-alat ini dalam terapi. Tapi apabila “reward” diberi tanpa sebab, semata-mata untuk mengalih perhatian anak, maka benda-benda ini telah memberi kesan negatif kepada anak.
Antara 3 kesan negatif:
1. Anak menjadi kurang sabar. Kerana selalu menonton kartun/animasi yang mempunyai pergerakan laju. Mereka akan melihat pergerakan persekitaran adalah lambat. Jadi bayangkan kehidupan anak yang sentiasa tidak puas dan tiada tumpuan kepada perkara lain selain tab/hp.
2. Anak akan ketagih dengan tab/hp. Kerana pembinaan minat mereka ke atas dunia maya yang berterusan. Mereka merasakan mereka dapat terus melihat benda baru di sebalik screen. Tetapi kadang-kadang mereka hanya menonton perkara sama berulang kali.
Ini menunjukkan simptom ketagihan. Yes, bila ketagih, agak sukar dipulihkan. Bayangkan ketagih puting (pacifier), ketagih kopi dan ketagih dadah.
Jadi bagaimana kita nak memupuk minat membaca / melukis / bersukan dan lain-lain?
3. Anak akan membina beberapa sikap negatif (behavior problem). Seperti “degil”, pemarah dan sukar mendengar kata. Ini kerana sejak bayi mereka dibiasakan diberi “reward” tanpa sebab yang sepatutnya. Apabila anak menangis, maka ibu bapa SEGERA memberi tab/hp. Nampak? Nangis (negatif) dapat tab/hp (reward), maka sikap negatif kekal. Jadi, kanak-kanak ini terdidik untuk gunakan sikap negatif untuk dapatkan reward.
Jadi ibu / bapa /penjaga, fikirkan. Apakah ini yang anda mahu berikan kepada anak anda?
Orang sekitar pula. Tolong jangan marah atau buat muka jika ada kanak-kanak berlari dan bising dalam restoran semasa anda ingin makan. Itu memang tugas kanak-kanak. Kalau anda ingin masa senyap sendirian, sila tempah kubur.
Tambahan:
Saya tidak menyatakan yang kanak-kanak boleh dibenarkan melakukan apa sahaja sesuka hati. Tetapi saya ingin tegaskan bagaimana kesan penggunaan tab/hp kepada kanak-kanak. Dan bagaimana mudahnya ibu bapa menggunakan jalan singkat untuk menyelesaikan “masalah” anak mereka.
Sila nampak kesan memberikan “reward” kepada “sikap negatif”. Maka kanak-kanak difahamkan hanya boleh mendapatkan sesuatu dengan memanipulasi ibu bapa. Ngamuk, nangis dan lain-lain. Jika faham perkara ini, praktikkan di mana-mana sahaja.
Jika kanak-kanak melakukan perkara baik, contoh menghabiskan makanan atau duduk di kerusi tanpa berlari, yes, boleh berikan tab/hp sebagai reward selepas itu. REWARD hanya boleh diberikan SELEPAS perkara baik dilakukan. Sebab itu ianya digelar “reward”.
Lagi satu, tolong bezakan yang mana “masalah kelakuan” (behavior problem) dengan “kelakuan kanak-kanak biasa” (kids just being kids).
Jika kanak-kanak (3 tahun) hanya ingin berlari sebentar dan apabila dipanggil tiada masalah dan terus duduk. Ya, itu hanya kelakuan biasa.
Tetapi, jika kanak-kanak 6 tahun berlari dan menarik segala barang, dan tidak mahu duduk. Itu adalah masalah kelakuan yang memerlukan perbincangan panjang. Dan, mungkinkah ini contoh kesan daripada penggunaan tab/hp di mana kanak-kanak ini melihat setiap pergerakan sekeliling itu lambat. Sebab itu dia berlari. Fikirkan.
Ms Ju
Terapis Pertuturan-Bahasa
Pensyarah IIUM
Sumber : Juliana Aminah/siakapkeli

Gambar pelajar dirotan Warden kerana tak Solat Subuh

Kecoh dalam laman sosial berkenaan kes beberapa pelajar asrama Penang Free School yang dirotan oleh warden asrama kerana tidak solat subuh.
Mereka dilaporkan dikenakan hukuman rotan sebanyak 3 hingga 8 rotan seorang di punggung dan di pinggang sehingga meninggalkan bekas.

Walaupun ramai netizen tidak bersetuju dengan tindakan warden berkenaan yang dikatakan sangat kejam dan zalim, namun ramai juga yang menyokong hukuman yang dikenakan oleh warden berkenaan.
Jika dirujuk dalam Islam, Nabi SAW menyuruh merotan anak-anak bermula umur 10 tahun jika mereka tidak mahu solat. Namun tindakan merotan didalam Islam pula tidaklah sehingga mampu mendatangkan kecederaan yang parah kepada anak-anak.
Jadi, secara umumnya perbuatan warden yang merotan pelajar asrama di Penang Free School tersebut tidaklah keterlaluan. Jika pelajar-pelajar berkenaan tidak diajar dari awal, ia mungkin akan merugikan mereka di kemudian hari. – Utaranews.com

SAYU.!!! SELAMAT TINGGAL SAYANG..AJAL SUAMI MAUT DISISI ISTERI SEDANG MENGANDUNG

Gerik : Perjalanan pasangan suami isteri ini untuk pulang kekampung di Kelantan bertukar tragedi apabila kereta yang di pandu suami bersama isteri telah terlibat kemalangan ngeri.
Pasangan ini merupakan pasangan pengantin baru yang mana mereka baru berkahwin awal tahun ini dan isteri mangsa sedang mengandung anak sulung mereka.
Mangsa yang dikenali dengan nama Hanif Zulhilmi Che Md Jusoh ,25, tahun maut ditempat kemalangan manakala isteri nya cuma cedera ringan.
Paling menyedihkan Hanif menghembuskan nafas terakhir disini isterinya yang juga seorang jururwat, apa yang berlaku undang pilu orang ramai yang berada ditempat kejadian.

Akhbar melaporkan seorang lelaki maut, isterinya cedera selepas kereta yang dinaiki hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan di depan terowong di Kilometer 71.3 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, hari ini.
Dalam kejadian 11.15 pagi, pemandu kereta yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Hanif Zulhilmi beralamat di Nombor 59, Jalan 11 Felcra Teratak Batu Pasir Puteh, Kelantan.
Isterinya yang cedera pula, Nor Anis Azmee, 25, dari Limbat, Kota Bharu yang juga jururawat di Hospital Pulau Pinang..
Muhammad Hanif yang bekerja sebagai juruteknik kilang memandu kereta Honda City dari arah Gerik ke Jeli.
Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Ismail Che Isa berkata, ketika tiba di depan terowong itu, kereta mangsa dipercayai mengelak kenderaan lain sebelum terbabas ke kiri jalan.
“Keadaan itu menyebabkan kereta mangsa merempuh penghadang jalan di sebelah kiri sebelum terbalik di luar terowong itu.


“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera dan dirawat di Hospital Jeli” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, semoga Puan Anis tabah dengan dugaan ini semoga roh Hanif tenang disana. Al fatihah.
Sumber : beritasayu