Thursday, 16 November 2017

Pandang Rendah Masalah Rumah Tangga Orang Lain, Wanita Diuji Bercerai Diusia Perkahwinan 40 Tahun

Pandang Rendah Masalah Rumah Tangga Orang Lain, Wanita Diuji Bercerai Diusia Perkahwinan 40 Tahun

Baca Juga

Setiap pasangan yang berumahtangga pasti akan diuji. Sama ada diuji dengan masalah besar atau kecil bergantung pada pasangan itu sendiri untuk menempuh ujian tersebut.
Sebuah kisah perkahwinan yang telah lama dibina, tetapi terpaksa ditamatkan kerana sudah tidak sanggup menanggung dosa. Mungkin semua ini berlaku kerana dahulu selalu menilai orang dan bersangka buruk dengan orang lain. Bahagia itu jika Allah mahu tarik, bila-bila sahaja boleh ditarik, hidup jangan terlalu mendongak ke langit.
“Kali pertama aku failkan tuntutan kat mahkamah pada bulan Mei tahun lepas. Dan pada kali pertama tu jugak aku jumpa sorang kak (dah pangkat makcik sebenarnya), yang datang memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya. Pesara kerajaan, bekas Pengetua sebuah sekolah menengah. Bersara dah 12 tahun. Dan menuntut fasakh dari suaminya pada usia perkahwinan lebih 40 tahun.
“Aku panggil dia kak sebab dia memang cantik, genit orangnya. Kulit cerah, walaupun tak bergaya, tapi ada style. Bercakap pun lembut je, teratur, tenang dan berilmu. Katanya, “Kak menuntut fasakh sebab takut dosa kami berdua makin menimbun. Dua² dah gagal jalankan tanggungjawab.”

“Al-kisahnya, sebab sayangkan suami la kak tu tuntut fasakh. Dia dah bercucu, berderet dah. Suaminya penyayang sangat. Walaupun kejenya kurang sikit dari kak tu, tapi dia tetap seorang suami yang wajar diberi sepenuh penghormatan atas tanggungjawab, layanan dan kasih sayangnya yang tak berbelah bahagi untuk anak² dan isteri,” tulisnya.
Sewaktu isterinya melahirkan anak, semuanya lima orang. Kelima orang anaknya ini suami yang uruskan , layanan suami untuk semua anak-anaknya memang tidak pernah kurang. Suami memang seorang suami bertanggungjawab pendek kata suami itu suami dambaan setiap wanita.
Disebabkan terlalu disayangi suami, wanita ini mula pandang rendah pada orang lain. Wanita ini selalu pandang rendah pada orang lain yang ada masalah rumah tangga. Wanita ini merasakan orang lain ada masalah rumah tangga kerana isteri tidak pandai jaga suami, tidak ada hubungan dengan Allah.
Tetapi, Allah telah turunkan ujian, selepas bersara ingatkan hubungan makin mesra bersama. Tetapi tiga tahun sebelum tuntut fasakh suami telah kahwin lain dengan janda.
“Kak tu kata, suami bukan tak sayang kat dia dan anak², tapi kasih dah terbahagi. Mula² semua dalam kawalan lagi. Tapi makin lama makin hilang. Sampai sudahnya suami tak balik² dan mengabaikan tanggungjawabnya pada kak ni. Bincang tak jalan, pujuk tak jalan, gaduh tak jalan. Last sekali, fasakh la jadi pilihan. Sebab taknak dosa terus berjalan.
“Kata kak tu, salah satu benda yang dia belajar ialah – dalam apapun situasi, bersangka baik la. Mungkin tu balasan untuk diri dia sebab dulu suka judge orang, kata orang, sangka buruk dengan orang. Asal tak bahagia, dia kata isteri tak pandai jaga suami, tak attach dengan Tuhan. Sekarang (masa tu) dia tercari-cari salah dan silap dia kat mana. Bila tiba² perkahwinan yang bahagia tu, tewas pada usia lebih 40 tahun,” tulisnya.
Jadikan perkongsian ini sebagai satu pengajaran, kepada semua pasangan yang berkahwin, yang dikurniakan suami yang baik dan bertanggungjawab, penyayang dan tak curang.., maka bersyukurlah. Jangan sesekali terdetik dalam hati menghina orang lain yang mempunyai masalah rumah tangga sebagai isteri yang tidak pandai jaga suami, tak pandai urus rumah tangga, tak dekat dengan Tuhan.
Esok lusa, kita tidak tahu lagi untung nasib kita. Hati manusia ini sentiasa berbolak balik. Jangan sesekali memandang hina pada isteri yang diceraikan suami. Nasib setiap manusia itu tidak sama, hargailah kebahagiaan rumah tangga dan jangan terlalu menunjuk kebahagiaan itu. – MissA/UtaraNews.com

Related Posts

Pandang Rendah Masalah Rumah Tangga Orang Lain, Wanita Diuji Bercerai Diusia Perkahwinan 40 Tahun
4/ 5
Oleh

1 comments:

18 November 2018 at 21:35 delete

Thanks for posting the useful information to my vision. This is excellent information,.
Hotel in frankfurt-Oder

Reply
avatar